DAYAK ORANG ULU

Khamis, 18 Oktober 2012

PENGGUNAAN MANIK


 Orang Ulu merupakan kumpulan pertama yang menghasilkan kraftangan menggunakan manik di Sarawak.Mereka membuat menggunakan kreativiti mereka sendiri.Rantai antik yang lama diubahsuai menggunakan manik-manik daripada China, Venice dan Barat Tengah.Orang Luna Bawang dan Long Tuma membuat manik seramik sendiri dan menggunakan manik itu untuk membuat pakaian, pembawa bayi, beg wanita dan topi.Pakaian wanita yang menari juga dihasilkan melalui manik bewarna - warni tetapi bercorakkan naga dan anjing dan berlatarbelakangkan warna merah atau hitam.
Antara kraftangan yang diperbuat daripada manik adalah 
MAREK EMPANG
HARGA RM250


sharing is caring ^-^

SENDUK NIBUNG SARAWAK

sebenarnya diperbuat daripada kayu nibung. Ianya tahan dan berkualiti. Boleh digunakan sabagai alat perhiasan atau digunakan untuk memasak. Dapatkan harga murah di sini.
HARGA HANYA RM20.00


sharing is caring ^-^

Pua Kumbu - Kain Tenunan Kaum Iban Sarawak

Pua Kumbu merupakan kain yang selalu digunakan untuk perhiasan rumah kaum Iban sewaktu ketika dahulu. Keunikan yang ada pada kain ini adalah mempunyai corak yang menarik dan sesuai untuk perhiasan rumah terutamanya ruang tamu.
Di sini cuma: RM30

sharing is caring ^-^

SUMPIT SARAWAK



            Sumpit adalah sejenis peralatan memburu yang sering digunakan oleh masyarakat pribumi Sarawak sedikit masa dahulu. Terdapat kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh disamping tidak mencemarkan alam sekitar. Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu.Kayu dipilih mengikut kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis "Belian". Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih.
HARGA SUMPIT RM25
PANJANG 4 KAKI

sharing is caring ^-^

Rabu, 17 Oktober 2012

PERISAI @ TERABAI


Yang digunakan pada zaman dahulu sewaktu pertempuhan dengan munsuh. Barangan ini adalah perisai . Dalam bahasa Iban adalah TERABAI.

Bermacam-macam corak yang diukir.
Sangat menarik untuk perhiasan pada rumah yang moden sekarang.
Harga : RM50
sharing is caring ^-^

Selasa, 16 Oktober 2012

PARANG "ILANG" ORANG ULU


Parang Ilang yang dibuat oleh bangsa  Iban di Sarawak.
Harga : RM 150


sharing is caring ^-^

Isnin, 1 Oktober 2012

Dayak Orang Ulu ~ cacah


    Satu lagi penampilan kesenian dalam perhiasan diri ialah cacah. Ianya banyak dipraktikkan oleh masyarakat tempatan Sarawak terutama sekali oleh orang-orang Kayan, Kenyah dan Iban. Berbagai bentuk cacah dilukis dan hanya beberapa jenis yang tertentu sahaja dianggap sesuai untuk bahagian badan. Sebagai contoh, bentuk bulat sesuai untuk bahagian bahu, dada atau bahagian luar pergelangan tangan sementara bentuk yang selalunya besar seperti anjing, kala jengking atau naga, dilukis di bahagian yang lebih besar seperti paha. Di kalangan orang Iban, hanya satu bentuk tertentu di khas untuk leher. apabila tangan seseorang dicacah, ianya bererti berani dalam peperangan atau seseorang itu pernah memenggal kepala manusia. Secara tradisinya golongan berada wanita Kenyah dan Kayan mempunyai lengan dipenuhi cacah yang dilukis pada lengan dari jari sehingga ke siku dan pada kaki dari bawah lutut hingga bahagian atas paha sebagai simbol status mereka.Kaum lelaki dan wanita juga menghias diri mereka dengan gelang yang diperbuat daripada tembaga dan cengkerang siput, dan anting-anting tembaga dan plumbum.
sharing is caring ^-^